Read Kunang Pesisir Morten by Raiha Bahaudin Online

kunang-pesisir-morten

Kampung Morten 1984. Dengan sebatang sungai kotor bukan saja dipenuhi dengan sampah sarap dan ketam lumpur Uca Annulipes. Juga telah menjadi garis ghaib pemisah dua komuniti bangsa selama berdekad-dekad. Sehinggalah keajaiban berlaku dengan kehadiran seorang budak perempuan sembilan tahun comotnya ya ampun berambut gerbang.Dhiya; seorang pemikir visual genius bersama-samaKampung Morten 1984. Dengan sebatang sungai kotor bukan saja dipenuhi dengan sampah sarap dan ketam lumpur Uca Annulipes. Juga telah menjadi garis ghaib pemisah dua komuniti bangsa selama berdekad-dekad. Sehinggalah keajaiban berlaku dengan kehadiran seorang budak perempuan sembilan tahun comotnya ya ampun berambut gerbang.Dhiya; seorang pemikir visual genius bersama-sama sahabatnya Adi dan Lim meneroka kota Melaka, menjadi usahawan kecil, menerokai dunia lukisan Monet juga menjejak pencuri berkaki ghaib. Dan tanpa mereka sedari, sedikit demi sedikit perkara- perkara kecil yang mereka lakukan telah menaut jurang tebing antara dua bangsa....

Title : Kunang Pesisir Morten
Author :
Rating :
ISBN : 9789670723211
Format Type : Paperback
Number of Pages : 233 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

Kunang Pesisir Morten Reviews

  • Naim AlKalantani
    2018-11-18 00:33

    Bahasanya sangat puitis. Terkejut aku baca. Digarap dengan kemas dari awal hingga akhir. Pada mulanya aku agak skeptik dengan lenggok yang sangat menarik. Kerana; penulis menggunakan ayat-ayat dan bahasa yang tinggi bagi 'aku' yang berumur 9 tahun. Mana ada budak 9 tahun bercakap sedemikian. Aku pun belek-belek balik buku ni rupa-rupanya 'aku' ini ditulis balik oleh seorang Adi yang berumur (mengikut perkiraan aku) 35 tahun. Jadi tak hairan dapat menulis/bercerita sebegitu. Plotnya menarik. Susunan yang kemas membuatkan pembaca tidak lost semasa membaca. Setiap bab ada debaran. Aku rasa kalau aku jumpa Dhiya ni, aku nak picit-picit je, sebab comel sangat.Lepas ni kalau Raiha Bahaudin ada tulis buku lagi, CONFIRM aku beli!

  • Asmar Shah
    2018-11-09 23:25

    Aku jatuh hati dengan buku ni. Serius. Selepas habis membaca naskah ini, aku google siapa penulisnya. Aku cuba intai serba-sedikit berkaitan penulis di dalam muka buku. Aku suka dengan cara penyampaian ceritanya. Santai. Padat. Comel.4.5* untuk Kunang Pesisir MortenBuku ini seperti membuka kisah zaman kanak-kanak aku dahulu. Walaupun dilahirkan dizaman 90-an, namun aku sempat merasai zaman kanak-kanak yang masih tidak memegang gadjet dan telefon pintar. Aku pernah tinggal di kawasan setinggan, bermain kejar-kejar di dalam timbunan sampah, berenang di lautan yang dipenuhi dengan sampah dan najis penduduk sekitar (terutama apabila hujan, budak-budak yang berada di kampung setingga itu akan terjun ke dalam laut. Sebabnya apabila hujan, air di dalam laut akan terasa panas.) dan paling penting laga ketam yang ditangkap di celah-celah tiang-tiang rumah setinggan di kawasan Sandakan dulu. Cuma bezanya, aku tidak punyai kisah yang terlalu luar biasa seperti Dhiya dan kawan-kawannya. Dan latar tempat bukan di kawasan sungai tapi sebaliknya di kawasan laut. Di Sabah. Ya, hampir kesemua yang Dhiya buat sewaktu zaman kanak-kanak kecuali bab menyiasat, aku pernah rasai. Seronok bila terkenang kembali.Cuma aku kurang suka dengan cara dialog dalam naskah ini. Tidak nampak seperti kanak-kanak yang sedang menuturkannya. Syukur dialog hanya sedikit dan penulis lebih memilih untuk bercerita. Seolah-olah itu kisah hidupnya sendiri. Mungkin.Apa-apa pun, aku berani recommed buku ini kepada pembaca lain. Cubalah. Mungkin kalian akan suka.Peace!

  • Arif Zulkifli
    2018-12-04 02:33

    Ah. Dah lama aku tak baca buku yang banyak bermain dengan perasaan. Ada masa kau senyum, ada masa kau ketawa, ada masa kau hampir menitiskan air mata. Ah, itulah buku yang bagus bagiku. Buku yang penuh dengan emosi. Yang banyak bermain dengan perasaan ini. Semua orang kena baca buku ini. Wajib!

  • ainunsailah
    2018-11-20 05:39

    Saya bersyukur. Dalam lambakan buku di gerai Dubook dengan lambakan manusia. Saya memilih buku ini. Walaupun dengan niat cuma untuk mencukupkan 3 buah buku belian kawan. Mungkin kerana teringatkan pujian Mutalib Uthman tentang buku ini dalam Facebook-nya. Karya yang baik. Ya. Saya suka. Patutlah Faisal Tehrani memujinya. Kisah anak pemikir visual genius yang dilahirkan di ceruk kampung. Kampung Morten. Kalaulah saya ditakdirkan menjadi ibu. Kalaulah. Saya memilih untuk menjadi Ibu Dhiya. Yang membiarkan anaknya meneroka dunia dengan cara-nya sendiri. Tidak merasakan diri sebagai Tuhan untuk menentukan apa seharus-nya anak saya jadi, bagaimana harus dia bersikap, memerap minda dengan ketakutan kita sebagai orang tua. Biarkan dia meneroka dunia dengan cara dia. Biar dia memilih yang dia suka. Biar dia berbuat silap. Dan dia belajar dari kesilapan itu. Biar di berkeinginan dan berusaha sendiri untuk mencapainya. Dan biar dia mahu menjadi sesiapa pun. Biar anak itu belajar untuk lebih kenal dunia. "Ibu Dhiya jauh lebih bijak daripada yang kami sangka dan dia membiarkan Dhiya begitu kerana dia tahu sifat lurus dan menurut tidak akan menyelamatkan Dhiya daripada arus dunia."Dhiya ada-lah anak yang terpinggir. Yang tidak dihargai oleh sistem pendidikan negara. Menjadikan mereka seakan anak pelik, pemalas, dan kurang pandai. Entah berapa orang yang seperti Dhiya dan Tam. Bakat dan kemampuan mereka tidak dihargai hanya kerana mereka tidak mampu tunduk kepada sistem yang bermasalah hari ini. Di situ guru, ibu, kawan yang memahami perlu memainkan peranan. Kerana hanya ada dua watak akhirnya. Sama ada memilih menjadi Tam atau Dhiya. Tapi Tam juga tidak-lah seteruk mana. Dibandingkan dengan kerajaan yang tanpa berbelas kasihan merodok tanah adat tanpa rasa hormat. Ah! Kerajaan juga kelihatannya tidaklah sejahat mana. Apabila katanya niat untuk melindungi sungai dari terus dicemari. Malas memikirkan apa harusnya dibuat kerajaan. Mereka tetap berkuasa. Dan kita tetap menyokong saja. Seakan hidup mati kita mereka lah yang menentukan. Cerita ini diadun dengan baik. Sedikit sentuhan misteri yang memberi rasa ingin tahu dalam diri pembaca. Penulis membawa pembaca kepada satu babak kepada babak lain dengan baik. Saya tidak pandai mengulas buku. Tapi inilah yang saya rasa. Bacalah sendiri. Senyum.

  • Sharulnizam Mohamed Yusof
    2018-11-25 04:26

    Sudah beberapa kali buku ini saya tunda pembacaannya. Dan ternyata penundaan itu tidak saya sesali, kerana saya kembali ke "alam membaca" selepas beberapa peristiwa yang sedikit menyedihkan, juga memenatkan. Buku ini saya selak selepas keadaan sudah tenang.Berbaloi.Membaca buku ini, kau perlukan suasana yang dapat mencipta rasa hanyut dan tenang, menelusuri kisah Dhiya, Adi, Lim dan beberapa watak lain. Hebat. Pengembaraan imaginasi yang diselitkan fakta, membuatkan saya "terpaksa" mencari diinternet untuk mengesahkan apa yang dicatat. Mengujakan. Daya imaginasi penulis Raiha Bahaudin ini tidak harus dipandang enteng. Penulis bernaratif dengan dialog yang minimal, membahasakan dirinya sebagai Adi, walhal saya kira "watak penulis" yang sebenarnya ialah Dhiya. Ini hanya telahan saya berdasarkan pemahaman sendiri.Unsur-unsur penyiasatan, kesetiaan persahabatan, penyatuan kaum, drama Melayu yang klise (isteri ditinggal suami, hidup kais pagi makan pagi, watak kampung si batu api), fakta sejarah, seni yang dihargai dan pelbagai lagi digarap sangat cantik. Penerangan hal opera Cina itu sangat mengujakan. Seumur hidup saya, hanya melihat sahaja tanpa ada perasaan ingin tahu. Raiha menerangkan, dan dalam "keterpaksaan" saya tetap membacanya. Ah! Buku ini bukan kosong!Saya juga paling suka bila Raiha menggunakan perkataan "mulut Melaka" dan "perempuan Melaka" untuk menyifatkan kelakuan ibu Adi. Hahaha! Lucu!Cuma, kenyataannya agak "keras" pada laman 195 dengan menyifatkan "pembaca pesimis dan dangkal" tidak perlu diyakinkan jika mereka sangsi dengan ketulinan watak Dhiya dan Tam yang matang, bijak mendahului masa. Saya kira itu agak keterlaluan. Andrea Hirata (antaranya) mengangkat keintelektualan kanak-kanak tanpa perlu berbahas. Sepatutnya pembaca dididik, bukan direndahkan pandangan mereka sebegitu. Bayangkan jika buku ini, buku yang pertama dibaca dalam hidup seseorang, lalu di"sindir" sebegitu, aduhai. Didiklah pembacamu, dan statistik yang diambil itu kau kecilkanlah di ruang lingkung anak-anak Melayu, apa pula peratusannya? Mungkin lebih relevan.Keseluruhannya, buku ini sangat bagus. Kebijaksanaan wujud, tidak hanya bermain perasaan. Dan entah kenapa, saya membayangkan kisah Laskar Pelangi semasa membaca buku ini. Ada baunya, ada rasanya. Mungkin buku-buku Andrea Hirata sudah menjadi candu, saya perlu segera mencari penulis lain untuk dipelbagaikan. Raiha Bahaudin sudah tentu saya masukkan ke dalam senarai!

  • Megat Hanis
    2018-11-11 03:22

    Tidak dapat tidak, setakat bulan Jun di tahun ini, ini karya fiksyen terbaik bahasa melayu yg saya pernah baca. Jalan cerita yang menakjubkan, penceritaan yg bersahaja dan perkembangan karakter yg betul2 menyentuh hati. Saya langsung tak sangka betapa padunya mesej cerita ini dengan segala kritikan sosial yg diselitkan dalam pembawakan cerita. Dan buku ini begitu kaya dengan naratif adat dan budaya pelbagai bangsa dengan penggunaan nuansa bahasa yg indah . Inilah bukti sastera yg berkualiti tinggi. Entah kan ianya indie atau tidak, saya tak tahu. Yg pasti jiika begini kualiti penerbitan indie, tabik hormat pada penulis dan penerbit. Raiha Bahaudin, satu nama yg akan saya tunggu karya beliau seterusnya. Menjadi peminat yg setia!

  • Emmy H. Nathasia
    2018-12-06 06:33

    Saya ada harapan tinggi apabila membaca buku ini disebabkan popularitinya. Itu silap saya. Kerana apabila kita terlalu berharap dan meletakkan sesuatu pada tanda aras tertentu, kita akan mudah kecewa apabila ia tidak mencapai tahap yang kita sasarkan. Saya rasa punca utama buku ini tidak memikat hati seperti yang diharapkan ialah kerana saya telah membaca Sekolah Bernama Kehidupan karya Asmar Shah beberapa bulan yang lalu. Pendekatan ringan yang dibawa oleh penulis Asmar Shah lebih dekat di hati berbanding pendekatan menggunakan bahasa Melayu formal yang agak baik tatabahasanya (walaupun ada bercampur aduk dengan perkataan yang diterjemah secara transliterasi sendiri/bahasa Inggeris) namun agak kaku. Ya, ini mengejutkan kerana biasanya saya lebih tertarik untuk membaca bahan bacaan yang menggunakan bahasa Melayu yang bertatabahasa baik. Apa yang saya suka mengenai buku ini ialah ia bercita-cita tinggi, penulis mahu menyelitkan mesej yang baik dalam setiap bab, dan membangkitkan kesedaran tentang sesuatu isu. Tetapi adakalanya cara huraian menjadi tidak sesuai dan kurang kena dengan situasi dan dari kaca mata seorang budak lelaki yang berumur sembilan tahun. Namun begitu, secara keseluruhannya, buku ini sememangnya amat baik untuk dibaca kerana mesejnya! Rating 3.5 daripada saya.

  • Aziz
    2018-11-30 01:40

    Apa yang lebih mengujakan oleh anak-anak selain daripada advencer? Membesar dengan cerita-cerita penyiasatan kanak-kanak Enid Blyton (siri 5 Sekawan dan 7 Penyiasat), saya selalu teruja dengan kepintaran dan keberanian watak anak-anak yang menyelesaikan misteri demi misteri tanpa bantuan orang dewasa (dan ya, saya cemburu mereka ada rumah atas pokok).Kunang Pesisir Morten bergerak dari arah itu. Dari arah advencer kanak-kanak yang mahu hidup di luar pengaruh orang dewasa. Premisnya mudah, kanak-kanak juga punya keistimewaan, punya keupayaan, punya kebijaksanaan, punya suara hati - Dunia ini bukan semata milik orang dewasa, kanak-kanak punya bahagiannya yang tersendiri. Premis ini adalah premis yang sentiasa berulang dalam mana-mana cerita kanak-kanak (Alice of wonderland, Narnia, Harry Porter etc).Istimewanya, dalam upaya itu, novel ini memberikan kita sedikit lebih. Ada sisi advencernya melalui watak aku, Dhiya dan Lim. Ada sisi misteri dan penyiasatan. Ada watak-watak pintar dan berani. Tapi ada sisi lain yang membuatkan novel ini istimewa. Sisi yang membaurkan kenangan tentang suatu zaman yang telah jauh berlalu, tentang suatu tempat yang bahkan betapa tidak sempurnapun tetap merupakan kayangan yang tiada galang gantinya. Malah ada sisi yang menekankan idealisme tentang pembinaan sebuah masyarakat harmoni, sebuah masyarakat plural yang menghargai budaya dan cara hidup sesamanya.Raiha Bahaudin mencantumkan semuanya dalam sebuah cerita yang saya kira sesuai dibaca anak-anak remaja dan orang-orang dewasa. Lebih-lebih lagi dalam zaman ini, zaman ketika setiap perbicaraan tentang agama dan bangsa kerap berpotensi menjadi api yang siap membakar apa-apa sahaja, bahkan kenangan.

  • Zawani
    2018-11-25 00:31

    Mengagumkan! Suatu penulisan yang menggunakan teknik 'Hero journey' yang jarang didapati dalam penulisan novel berbahasa Melayu, dan penulis berjaya menggunakan teknik ini dengan sangat berkesan. Lagi mengagumkan bilamana penulis dengan beraninya membawa watak kanak-kanak sebagai watak utama dalam penceritaan sepertimana novel bertaraf antarabangsa Harry Potter umpamanya. Sungguh dalam mesej yang ingin disampaikan; bahawa watak Dhiya, Adli dan Lim mungkin seperti kanak-kanak biasa yang rutin harian mereka adalah bermain dan belajar akan tetapi seakan-akan sengaja turut juga diselitkan permasalahan kehidupan. Paling terkesan bagi saya adalah bilamana penulis cuba membawa permasalahan pertembungan moral antara betul dan salah, dengan kemiskinan dan bertarung untuk meneruskan survival hidup. Dan konflik maha-realistik ini semua dipaparkan melalui watak-watak kanak-kanak! Sungguh, sepertimana novel Harry Potter, Hugo, Alice In Wonderland dan juga Kunang Pesisir Morten, banyak perkara yang kita boleh belajar daripada makhluk yang bernama 'kanak-kanak'.

  • Norziati
    2018-11-20 03:26

    Kisah kehidupan anak-anak di Kampung Morten, Melaka. Sungai yang kotor, kehidupan setinggan dan masyarakat yang masih kekal tradisi Melayu, pertembungan budaya antara Peranakan dan Cina asli, pembangunan dan kemiskinan semua bersatu dalam sebuah kampung yang terletak di tengah bandaraya Melaka.

  • Zulzafry Zulkifly
    2018-11-24 04:14

    Buku ni akan buatkan kau rasa sedih, gembira, teruja, kagum, pelik, kecewa dan segala macam perasaan yang kau patut rasa. Dan untuk generasi Y seperti aku, buku ni akan buat kau menyesal dan pasrah sebab dilahirkan dalam generasi ni terutama sekali memikirkan segala kebebasan yang watak cerita (Dhiya, Adi, Lim dll) tak akan dapat kau rasa sebab kau hidup dalam susunan batu dan konkrit.

  • Nabilah Firdaus
    2018-12-09 02:18

    "Kerana sistem pendidikan itu sendiri tidak memandang belas kasihan kepada mereka yang tidak menguasai pelajaran secara menyeluruh."Kunang Pesisir Morten menceritakan tentang kehidupan Dhiya, seorang anak genius bersama dengan dua orang lagi sahabatnya, Adi dan Lim. Jalan cerita yang mudah dan bersahaja tetapi sangat menggamit kenangan masa kecil dahulu. Ada gelak tawa dan tangisan. Bahasanya puitis tapi tidak terlalu tinggi, aku masih boleh memahaminya. Satu lagi, buku ini padu dengan kritikan sosial, terutamanya tentang pendidikan dan sifat prejudis dan perkauman. Buku ini menunjukkan dengan jelas betapa kebobrokan sistem pendidikan telah menampakkan Dhiya dan Tam seperti anak anak yang nakal dan kurang pandai. Dan ya, ibu bapa lah penyelamat sebenarnya. Ibu bapa harus mengenal anak anak dengan lebih dalam dan tidak terikut-ikut dengan kontruksi sosial. Semua orang wajib baca buku ini!

  • Farid Akram
    2018-12-06 23:16

    Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kak Raiha Bahaudin atas karya ini,ia berjaya menyentuh hati saya.Ia bukan sekadar perjalanan hidup seorang kanak-kanak yang saya kira diberi hikmah oleh tuhan,bukan juga sekadar persahabatan malah ia lebih jauh dari itu jika diperhalusi dan membacanya dengan baik.Kritikan sosial disampaikan dengan baik dari permulaan cerita hingga ke akhirnya.Bukan hanya berkisar faham pembangunan,malah ia juga menyentuh tentang sisi budaya dan sejarah yang sering diabaikan oleh masharakat serta sistem pendidikan negara.Apapun,saya menanti karya terbaru kak Raiha yang akan datang!

  • Steff
    2018-12-08 22:37

    Probably one of the best books I've read all year.Kunang Pesisir Morten sets in Kampung Morten in the year 1984, following the adventures of clever artistic and curious Dhiya, and her best friend, the narrator Adi. Plus, a boy from the next village named Lim.Despite being told in a formal writing structure, this is an enjoyable book thorough. Exploring through innocent and creative minds of children, Kampung Morten and Kampung Jawa were portrayed with nostalgic and humble elements that becomes the anchor of all that is real and growing.Highly recommended.

  • Ahmad
    2018-11-10 05:35

    Tulisan Kak Raiha Bahaudin membuatkan saya melekat dengan buku ini sepanjangan hari raya ketiga, sehinggakan beberapa kali disiku abang kerana tidak betah untuk berenggang dengannya walaupun tika itu sibuk melawat rumah saudara ke sana ke mari. Saya fikir, orang lain melekat dengan telefon pintar mereka, maka biarkan aku melekat dengan buku serba cinta ini.Mengapa disebutkan cinta?“Apa di belakang kau tu, Adi?” Lim sudah tidak sabar.Aku mengeluarkannya. Tabung ayam seramik itu walaupun hodoh amat telah menyimpan keringat lelahku berbulan-bulan. Simpanan upah menolong ibuku menjual kuih seharian. Dhiya dan Lim dalam terkejut melihat dengan menahan nafas terkedu. Tanpa fikir panjang, aku menghempaskan tabung daif ke lantai dan memuntahkan segala siling berkeping-keping termasuk duit kertas merah, hijau dan biru. Bukankah Tuhan itu Maha Penyayang?Dan aku melihat mata Dhiya bening merembeskan air mata. Dalam esaknya itu Dhiya mengucapkannya dengan lurus dan luhur,“Aku sayang kau, Adi!”Kawan, bukankah itu namanya cinta? Kau bersama dengan aku bukan? Kak Raiha mencoret pesan ringkas tika saya membelikan buku ini, katanya, “Berjuang! Atas semangat anak-anak dalam diri kita.”Benar, Kak. Amat benar sekali pesan itu. Bukan hanya pada coretan autograf itu sahaja, bahkan sepanjangan buku itu penuh dengan pesan-pesan yang cukup memanusiakan, yang cukup jelira untuk meruntun hati sesiapa yang membacanya.Inilah antara karya yang tidak perlukan segala bahasa tinggi melangit untuk memberi rasa sedar pada masyarakat. Cukup dengan tersusunnya puitis nuansa yang bersahaja, bersalut daya faham yang tinggi pada segi-segi budaya, adat dan kepercayaan sepanjang penceritaan dengan siratan-siratan mesej yang ampuh, padu dan begitu mampir dengan segenap nilai kemanusiaan.“Tak boleh Dhiya. Ini duit kau. Untuk beli warna Rowney!”“Betul. Ni duit aku. Dan aku pilih untuk bagi kau.” Dhiya meletakkan wang itu semula ke tangan Lim.Dan saranan Dhiya disambut esakan Lim. Hari ini giliran Lim mengucapkannya dengan kasih sayang lurus seorang sahabat;“Aku sayang kau Dhiya!”Apa semua ini kawan, kalau bukan namanya cinta?Membaca buku ini sambil menahan kelopak air mata dari berguguran ternyata sukar. Ngilu. Sesiapa yang pernah melalui zaman keanak-anakan begitu, dengan sekitarnya yang jauh sekali mengenal kemewahan jelata yang genap dengan segala rasa selesa, yang masa kecil mereka berselerak dengan lumpur dan selut, akan merasa cukup dekat dengan Dhiya, Lim dan Adi.Kakak sulung saya bertanya, buku ini bercerita tentang apa. Saya termangu sebentar, kerana terlalu banyak yang mahu diperkatakan tentangnya. Tapi saya memilih untuk memberitahunya, “Ini kisah tentang kita. Darihal kita dulu dan impian-impian kita dengan kaki membusuk dibaluti selut mengeras berkepingan. Ini kita yang dulunya... masih ingat lagikah?”

  • Muhammad Zulhilmi
    2018-12-07 02:21

    Kepintaran bukan hanya pada keputusan peperiksaan sahaja. Banyak lagi bahagian-bahagian yang boleh dilihat untuk mengukur kepintaran mereka. Ketirisan dalam sistem pendidikan menyebabkan ada kanak-kanak yang terabai dalam mengasah bakat semulajadi mereka.

  • Eqah27
    2018-12-03 02:29

    Mulanya agak skeptikal nak beli buku ni sebab dah lama tak baca buku fiksyen. Tapi kata penulis ini kisah benar. Jadi, tak sangka yang saya telah habiskan buku ini dengan menangis teresak2. Menangis yg rasanya sampai mencengkam dada dek pengakhiran cerita yang tak disangka. Tak sangka Dhiya terpaksa tinggalkan Adi & Lim ketika mereka masih meraikan kemenangan yang menautkan 2 bangsa yang tinggal di pesisir sungai Melaka. Cerita persahabatan dan adventure mereka bukan calang2. Mereka budak2 genius yang hidup penuh warna warni. Macam kita zaman budak2 dulu. Semangat, moral, angan2 & impian begitu tinggi. Begitu juga daya pemikiran. Jadi sangat mudah untuk kita fahami betapa terujanya kanak2 ini menulusuri jalan2 di Melaka sambil menyelesaikan misteri yang melanda kampung mereka.Penulis menceritakan tempat latar yang sangat detail walaupun kita tak mampu nak bayangkan keindahannya di dalam Melaka 'moden' yang ada sekarang. Untuk memudahkan bayangan, sila la add fb penulis sbb beliau selalu update gambar2 kampung Morten dan sekitarnya pada tahun 80-an. Silala baca dan biarkan tulisan buku ini bawa anda terbang ke Melaka sambil mengingatkan awak tentang zaman kanak2 yang penuh suka duka :) bak kata penulis untuk autografnya dalam buku saya; Atiqah, Berjuang! Atas semangat anak2 dalam diri kita! P/s: Buku ni kalau difilemkan, mesti boleh setanding dengan kehebatan filem Lasykar Pelangi!

  • Anis Suhaila
    2018-11-25 23:39

    Kunang Pesisir Morten tells the story of Adi a normal average 9-year old boy who's recollecting his memories of his childhood at Kampung Morten and his best friend Dhiya, an extraordinary bright girl. Dhiya does not think or act like any other 9-year old kid and we get to see it from Adi's perspective. Getting to see it from Adi's point of view instead of Dhiya's thoughts processes makes it more relatable as most of us are Adi, instead of Dhiya. There was a lot of exposition in the beginning which was a little bit hard to get through but as soon as you get to the good stuff, it's harder to put the book down.Kunang Pesisir Morten is a heartwarming friendship story packed with social commentaries on kehidupan masyarakat kampung, government policies and the racial divide between Malay & Chinese. It's amazing to note that this book is based on how Kampung Morten was really like in the 1980's and 30 years later, we are still not over our racial differences. This is a good book to teach your kids on prejudice and racial inequality, something both adults and teenagers (as well as children with better than average vocabulary) can read. Dhiya is our very own Malaysian Nancy Drew. There were quite a number of unforgivable spelling mistakes in the book and I really wished more local publishers would be more aware and careful. However this is truly an underrated book and I believe it will pass the test of time and be evergreen.

  • Farhain Ismail
    2018-12-11 00:38

    Buku pertama yang habis dibaca untuk tahun 2017 ini. Bahasa yang digunakan sangat indah dan sedap dibaca. Sampai ada perkataan Melayu yang aku perlu cek di laman web PRPM. Syabas kepada penulis, Puan Raiha Bahaudin.Jalan cerita yg menarik dan menginspirasikan. Memang patut buku ini tersenarai dalam 100 buah novel Melayu yg wajib dibaca. Kisah kehidupan anak-anak di Kampung Morten, Melaka. Dalam novel ni, watak Dhiya sangat mengujakan. Dia seorang kanak-kanak pemikir visual yang genius. Persahabatan Adi (watak sebagai aku), Dhiya dan Lim itu sangat bagus.Semua orang wajib baca buku ni. Aku berani recommend :D Tak rugi.

  • Faiz Mohd Noor
    2018-11-24 06:10

    4.5/5Tak banyak novel Melayu aku baca. Sebab kebanyakan yang ada dalam market bertemakan kemaruk cinta khayalan. Jumpa pulak novel pasal budak-budak. Apa yang aku boleh cakap, permulaan agak slow, tapi cukup ringan yang membolehkan aku teruskan bacaan. Gaya penceritaan (diri pertama) juga cukup menarik yang aku rasa macam watak novel bercerita dengan aku. Gaya bahasa pun layak dikagumi penggunaannya. Pandai penulis infuse elemen sejarah setempat dan pemerhatian terhadap dunia sekarang. Genius.

  • Pie Mesnan
    2018-11-09 23:30

    Dari bab yg pertama,ia sudah menarik perhatian dan minat aku terhadap buku ini. Jalan penceritaan dan lenggok bahasa yg indah,serta teliti membuat kamu merasa di sekeliling persekitaran Kampung Morten, terlalu dekat dan merasa indahnya. Bagi aku,ini antara karya terhebat tahun 2015,Nubook memang berjaya..penulis mmg bijak dlm bercerita..terima kasih banyak2 Raiha Bahaudin..

  • Rahim Ramli
    2018-12-08 03:12

    Salah satu contoh novel di mana narrator dan protagonis adalah dua watak yang berbeza. Beberapa bab awal memperlihatkan kebolehan watak protagonis sebagai seorang kanak-kanak yang kebolehan mentalnya mengatasi kanak-kanak lain. Konflik hanya bermula di tengah-tengah novel dan kewujudan konflik ini bertujuan untuk memperlihatkan kebolehan mental protagonis diaplikasikan ke dunia sebenar dan bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling.Proses pembacaan saya agak perlahan. Kalau hendak dibaca buku ini untuk tujuan hiburan semata-mata, maka tidak tercapai tujuan itu. Sebaliknya buku ini mengajak kita melihat bahawa ramai kanak-kanak yang kebolehannya unik dan berbeza-beza tetapi ramai yang tidak berpeluang untuk mengembangkan dan memanfaatkan kebolehan dan potensi yang dimiliki kerana sistem pendidikan di sekolah yang hakikatnya tidak membantu kanak-kanak tertentu untuk berbuat demikian. Akibatnya, kebolehan yang tidak di-nurture dengan baik ini hanya dipendam, terbantut seolah-olah ia tak pernah ada, dan/atau disalahgunakan.Buku ini mungkin sedikit bosan untuk dibaca tetapi isinya ada dan relevan untuk diambil sebagai nota minda dalam menjalani kehidupan, terutamanya dalam membantu kanak-kanak untuk melihat, mengembangkan dan seterusnya memanfaatkan kebolehan dan potensi diri yang dimiliki untuk kebaikan diri dan masyarakat.Kalau nakkan hiburan atau instant gratification semata-mata, jangan baca buku ini. Bosan. Tapi kalau nakkan semacam sedikit ilmu dan pengetahuan, dan anda pula orang yang sabar ketika membaca buku yang ceritanya bergerak perlahan tetapi ada sesuatu yang menanti di hujung cerita, bolehlah baca.

  • Muhammad Suhail
    2018-11-16 22:10

    Saya bukan peminat novel tetapi tertarik membaca karya ini kerana latar lokasinya sangat dekat dengan saya sebagai anak Melaka. Ditambah pula dengan saranan kuat sahabat untuk membacanya.Pada bab-bab awal, deskripsi lokasi sedikit meleret buat saya yang belum biasa membaca novel. Namun selepas melepasi bab 3, saya terus ralit membaca. Watak-watak yang dikisahkan bagaikan hidup dalam dunia nyata, seolah-olah penulis menceritakan kisah benarnya sendiri apabila fakta yang digambarkan benar-benar saya tahu wujud dalam sejarah Kampung Morten dan Kampung Jawa.Sehingga ke bab terakhir, pembaca seperti saya masih bingung sama ada kisah ini benar atau fiksyen. Bagi saya, itu adalah satu kejayaan buat penulis. Membaca karyanya persis menonton filem yang cukup segala elemennya. Setelah itu, saya sengaja bertanya nenek-nenek saya di Melaka mengenai Villa Sentosa yang terkenal dalam novel ini. Mereka mengiyakan fakta-fakta yang saya tanyakan. Cuma kisah kehilangan barang pusaka itu tidak mereka ketahui. Entah mengapa saya masih berasa seperti benar.Jika anda bukan peminat novel, bolehlah mulakan membaca karya ini. Anda mungkin akan mula membaca novel selepas ini. Namun, bukanlah novel cinta cintun yang didramakan itu. Novel ini tidak ke arah itu dan tidak juga menyeru ke arah itu.

  • Fatehah
    2018-11-11 03:10

    Buku yang telah mengimbau kenangan zaman kanak-kanak yang tulus ini seadilnya saya berikan 5

  • Nazrul Noorzan
    2018-12-01 23:33

    Antara buku terbaik yang pernah saya baca. Syabas, ia sebuah buku yang jujur, dengan gaya bahasa yang begitu indah dan puitis.

  • Rose
    2018-12-04 01:35

    Tak pandai nak ulas panjang.. Buku ini memang menarik dan banyak pengajaran di dalamnya...

  • Nur Rasyidah
    2018-11-23 23:18

    Al-kisahnya buku ni dipilih oleh seorang personal shopper. Aku minta dia pilihkan tiga buku di jualan karangkraf hujung tahun lepas. Buku ni antara 3 buah buku yang dipilih oleh personal shopper aku. Pada awalnya waktu buku ni sampai dekat aku, kawan kawan semua kata buku ni best kau bacalah. Jadi cuti sem yang lepas aku pun mula la belek belek buku ni dan ini buku yang pertama untuk tahun 2018.Buku ini berkisahkan tentang kampung lama dan seorang budak comot berumur 9 tahun bersama rakan rakan sebayanya. Jalan cerita yang menarik, terdapat beberapa plot yang kita tak dapat duga apakah pengakhiran dari kisah tersebut. Cerita tentang susah payah kehidupan zaman kanak kanak yang jarang sekali menimpa anak anak zaman sekarang, kesusahan keluarga dalam mencari punca pendapatan dan zaman kanak kanak yang kita sering impikan dengan bermain bersama rakan sebaya di kampung dihiasi dengan gelak ketawa tanpa memikirkan masalah hidup. Tetapi apa yang aku dapat dalam penulisan kak Raiha ini sebaliknya. Bagaimana anak kecil sudah memikul tanggungjawab dan menjadikan mereka dewasa sebelum waktunya. Aku cadangkan korang baca buku ini. Pendek cerita kalau kau dah mula baca buku ini mesti kau takkan lepas punya. Kau akan rasa kagum dengan gaya penulisan dan pemikiran penulis buku ini yang berkisar tentang budak kampung 9 tahun yang punya gaya pemahaman dan pemikiran yang jauh berbeza dari budak budak yang sebaya dengannya. Wallahu'alam.

  • Isa Izzat
    2018-11-27 04:31

    Sering kali saya mencemuh karya-karya di mutahir yang menggunakan latar lampau sebagai jalan cerita, selepas karya Hari-hari Seorang Seniman karya SN Anwar Ridhwan.Namun apabila membaca karya ini, prejudis saya seperti diruntuhkan dan saya akui saya teruja dengan mencadangkan kepada teman-teman lain untuk membacanya.Terima kasih kepada penulisnya, Raiha Bahaudin yang membawa saya menikmati perjalanan alam kanak-kanak. Ia nostagia yang sukar dilupakan.

  • nazhsahaja
    2018-11-26 02:39

    ulasan yang aku ambil dari blog kami kolaborasis;baru baru ini aku membaca kunang pesisir morten hasil tulis dari raiha bahaudin, kebetulan buku yang sama aku dan kawan aku olai beli waktu pesta buku pwtc mei kelmarin. ada dalam 20 muka surat perjalanan pembacaan, aku terus hantar pesanan pada olai,'mashaallah laiii kunang pesisir morten buku ini!!'tak sampai separuh apa yang aku baca, buku ini terus mengingatkan aku kepada nukilan tetralogi andrea hirata laskar pelangi. persis sekali tetapi dengan nafas tanah melaka yang kuat menggambarkan malaysia pada era 80an.aku kira kepada sesiapa yang sukakan buku tentang kehidupan dan rahmat disebalik kesempitan dan kesusahan, buku ini pantas sekali. di dalamnya raiha membuatkan kau percaya rahmat Tuhan sentiasa ada di atas bumiNya, tak kira pada sesiapa pun. dan kunang pesisir morten secara bijaknya menggunakan kisah hidup kanak-kanak yang lebih dekat dengan diri kita, kerana semua manusia dewasa pernah menjadi anak kecil, jadi untuk berada di atas kasut adi, dhiya dan lim bukanlah perkara yang sukar, kerana kehidupan kanak-kanak itu juga sesuatu yang kita semua pernah ada dan lalui.satu prinsip dan disiplin penulisan yang jarang-jarang sekali kita boleh lihat pada penulis tanah air. dikala kau sudah terlalu bosan dan muak dengan keluaran tempatan, pastinya kunang pesisir morten karya yang boleh mengubat. input buku juga seperti tangan tua yang memukul kepala aku atas sebab kebodohan dan kekurangan ilmu dalam sejarah malaysia terutama sekali pengetahuan tentang negeri pertama tanah melayu. selain tentang bagaimana terhasilnya perkampungan morten, adi dan dhiya juga turut membawa aku berlari bersama mereka di jambatan lama setiap petang.dan yang paling penting, kisahnya tidak terlalu fantasi. cukup berpijak atas bumi yang keras bahawa setiap dari kita Tuhan tentukan jalan dan laluan yang unik untuk dilalui. lim dan adi yang akhirnya berpisah dengan permata mereka dijadikan penulis sebagai satu alasan yang kukuh; hidup bahagia itu bukan hanya terletak pada kebersamaan geografi, asalkan hati mereka tetap sama, lalu semangat perempuan kunang itu meresap ke dalam jiwa mereka sehingga tanpa mereka sedar mereka pun dewasa.berdoalah pada tuhan agar ini bukan yang terakhir kali kita dapat membaca perjalanan sebaik ini. terima kasih raiha dan kunangnya.

  • Jiwa Rasa
    2018-12-04 02:21

    Cerita-cerita biasa yang diceritakan dengan penuh magis. Kisah zaman kanak-kanak yang penuh harapan dan keberanian dan keazaman. Kisah anak-anak di Kg Morten Melaka yang diceritakan dengan sangat baik oleh penulis. Latar kampung dan perselitaran ditulis dengan penuh visual yang berbekas di ingatan. Seakan terbayang jelasbagaimana rupanya rumah kayu di persisiran Kampun Morten. Penulis menggunakan kepakaran dan ilmunya dalam bidang senibina untuk menulis dengan baik. Penulis berkongsi tentang simbolisme warna dalam bangsawan cina juga dalam dunia lukisan dengan penuh warna.Mungkin kesan pembacaan siri Nancy Drew semasa kecil memberikan idea untuk penulis mencipta plot yang menarik dan mendebarkan di dalam buku ini. Membaca buku ini mengingatkan saya pada novel terkenal Laskar Pelangi oleh Andrea Hirata. Kisah anak-anak yang pintar dan cepat belajar dari alam dan manusia. Watak Dhiya mengingatkan saya pada watak Lintang dalam Laskar Pelangi. Tahniah kepada penulisnya yang berjaya menulis sebuah cerita yang hidup dan memberikan kesan kepada pembaca. Semoga ada sambungannya kisah anak-anak di pesisir Morten ini.