Read Balai Maqamat by Mohd. Affandi Hassan Online

balai-maqamat

Balai Maqamat diilhamkan daripada maqamat terkenal karya Badiuzzaman al-Hamazani tetapi Balai Maqamat ini dipersembahkan oleh penulisnya dengan acuan yang tersendiri. Ia agak berbeza daripada genre sedia ada. Ceritanya terputus-putus, seperti tajuk perbualan yang tersusun, membicarakan segala persoalan masyarakat dalam bentuk kreatif.Balai Maqamat membincangkan isu semasaBalai Maqamat diilhamkan daripada maqamat terkenal karya Badiuzzaman al-Hamazani tetapi Balai Maqamat ini dipersembahkan oleh penulisnya dengan acuan yang tersendiri. Ia agak berbeza daripada genre sedia ada. Ceritanya terputus-putus, seperti tajuk perbualan yang tersusun, membicarakan segala persoalan masyarakat dalam bentuk kreatif.Balai Maqamat membincangkan isu semasa dengan idea kritis, komentar langsung, dan terbina dalam struktur naratif fiktif. Unsur fiksyennya melibatkan watak , latar dan jalan ceritanya.Terdapat empat bahagian yang disebut “balai” yang setiap satunya mengandungi cerita tersendiri dengan pelbagai kisah. Setiap kisah bercorak cerpen dan anekdot, tetapi membawa hujah bagi menegakkan satu-satu idea dan kritikan. Karya ini mengandungi pandangan kritis dan sinis terhadap situasi yang berlaku dalam masyarakat di Malaysia, terutamanya dalam aspek pemikiran....

Title : Balai Maqamat
Author :
Rating :
ISBN : 9789674305192
Format Type : ePub
Number of Pages : 400 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

Balai Maqamat Reviews

  • Wan Abdullah
    2018-11-02 21:14

    Buku yang dihadiahkan oleh penulisnya sendiri, Tuan Mohd Affandi Hassan.Karya yang ditulis mengikut Persuratann Baru, mencabar minda yang membacany untuk bukan sekadar membaca, tetapi juga untuk berfikir dan menilai sendiri. Karya ini juga mencabar pembaca untuk memberi kritikan secara intelektual bukan sekadar menerima dan memuji sahaja.Karya ini adalah cerita-cerita berwacana atau wacana dalam bentuk cerita - hanya yang membacanya sahaja yang perlu menilainya sendiri.

  • Nazmi Yaakub
    2018-11-12 20:57

    Suka atau tidak pengarang dan pengkritik, Mohd Affandi Hassan, tetap meninggalkan kesan serta membuka sisi lain pada ranah kesusasteraan atau persuratan, iaitu istilah yang ditegaskan oleh novelis dan cerpenis terbabit sejak dulu lagi.Justeru, memasuki Balai Maqamat yang berada di antara genre novel dengan kumpulan cerpen bermakna membuka pintu untuk melihat kembali Gagasan Persuratan Baru yang diaju dan dipertahankan oleh pengarang kelahiran Kelantan itu.Kritikan Mohd Affandi masih tidak berubah sehingga ia menghasilkan gema pada cerpen (atau babak sekiranya karya ini dianggap mirip kepada novel) yang dipecahkan kepada empat bahagian, iaitu Balai Pertama, Balai Kedua, Balai Ketiga dan Balai Keempat.Sebahagian pembaca mungkin menganggapnya sebagai pengulangan kritikan yang berusia lebih sedekad, tetapi tidak keterlaluan untuk meletakkan gema itu sebagai ketekalan yang perlu kepada seseorang pengkritik dan pemikir.Membaca Balai Maqamat bakal menemukan kritikan daripada ranah kesusasteraan dan kebudayaan sehinggalah medan politik, pemikiran serta kesarjanaan yang sememangnya masih menimbulkan permasalahan dalam konteks tanah air.Kritikan yang kemudian menimbulkan wacana dalam pemikiran pembaca sudah tentu akan sentiasa berulang selagi akar permasalahan yang dihidapi oleh bangsa ini tidak diselesaikan secara ilmiah.Barangkali realiti itulah yang menyebabkan gema kritikan itu berulang-ulang dan berkesinambungan daripada karya Mohd Affandi yang lalu, mewujudkan gaung yang lebih ketara pada naskhah ini.Pada masa yang sama, keseluruhan rangka karya Mohd Affandi ini bergerak pada pertemuan antara pengarang pujangga dengan sarjana yang meneliti manuskrip yang dikemukakan.Cerita masih menjadi rangka minimum dalam Balai Maqamat, tetapi ia cukup untuk menampung wacana yang dibina dalam 30 cerpen atau babak yang memiliki kritikan yang ada kalanya keras dan sering diseimbangkan dengan nada jenaka yang intelektual.Balai Maqamat seolah-olah meletakkan semua pengarang sastera tanah air tanpa mengira generasi pada kotak pemikiran yang sama kecuali penulis yang bersedia menerima gagasan beliau secara keseluruhan.Sikap itu yang ditambah dengan kritikan keras Mohd Affandi mungkin membina jurang bukan hanya sasterawan dan pengarang yang dikritik, bahkan kelompok penulis baharu yang lebih terdedah kepada pemikiran dan keintelektualan Islam.Ini kerana selain sejarah Gagasan Persuratan Baru dan sastera secara umumnya, generasi penulis baharu tidak lagi terikat dengan pertembungan itu, sebaliknya membentuk aliran pemikiran serta pergerakan tersendiri, walaupun tidak jauh terpisah daripada ranah berkenaan.Justeru, Balai Maqamat ini dapat dijadikan landasan untuk mewacanakan Gagasan Persuratan Baru tanpa terlalu terikat dengan sejarah yang tidak harmonis antara dua sisi berkenaan oleh generasi baru yang lebih mandiri pemikirannya.

  • Raiha
    2018-10-21 16:49

    Gaya persuratan baru bukanlah sesuatu yang asing daripada Pak Affandi. Kita sudah lama menikmatinya di dalam Citra Pujangga, Tampang Sasterawan dan beberapa naskah lagi. Tetapi apabila pembaca mencari fiksi daripada non-fiksi, mereka menunggu-nunggu naratif. Di dalam naskah ini, malahan kita mendapat syarahan. Ada beberapa bahagian yang kita merasa terjentik. Tetapi mudah dilupakan kerana tiada apa-apa paksaan apabila kita mendapat syarahan. Maaf, Pak Affandi. Hikayat Buyung Lurus jauh lebih baik.

  • Aliff Basri
    2018-10-28 21:49

    Sangat menarik dan mampu buat saya tersenyum kerana ia adalah sebuah buku kritik sosial yang bagus. Apapun perlu cari masa lain untuk ulang baca:)

  • Najibah Bakar
    2018-11-13 19:51

    JUDUL: Balai MaqamatPENGARANG: Mohd. Affandi HassanPENERBIT: ITBMTAHUN: 2014Sukar mengulas sebuah buku yang berada di luar jangkauan pemikiran dan intelek kita. Buku ini adalah salah satu daripada buku-buku seperti itu, mencabar pembaca kerdil dan kekurangan ilmu seperti saya. Apatah lagi pada akhir sekali, pengarang sempat 'mengusik' pembacanya, bagi mereka yang ingin menilai buku ini, harus sanggup lebih dulu menilai dan menyelami Gagasan Persuratan Baru, buku yang sudah lebih lima tahun berada dalam simpanan, tetapi hanya sempat dibelek main-main.Kekuatan pertama buku ini adalah bentuknya sendiri sebagai sebuah maqamat, percubaan tulen dari pengarang Melayu mengamalkan salah satu bentuk kesusasteraan Islam yang muncul pada zaman klasik Islam dahulu. Maqamat adalah jamak bagi perkataan Arab 'maqama' bermakna berdirinya seseorang dalam satu diskusi kesusasteraan/persuratan untuk menyampaikan sesuatu. Kali pertama dihasilkan oleh Badi' al-Zaman al-Hamazani pada zaman Andalus, ia terus dikembangkan oleh ramai pengarang lain dengan kemuncaknya adalah karya dihasilkan al-Hariri.Tradisi inilah yang cuba dihidangkan oleh buku ini, dalam bentuk maqamat Melayu yang pertama. Ia lebih merupakan suatu kritikan dan sindiran sosial terhadap masyarakat, berbeza dengan naratif biasa dalam novel berasaskan teknik Barat.Mungkin kerana ia lahir dari teori yang berbeza, maka hasilnya juga merupakan sesuatu yang mampu memberi gugatan kepada pembaca dalam bentuk yang tidak kita temui dalam novel-novel biasa yang lebih menekankan keupayaan cerita dalam merangsang imaginasi dan emosi pembaca.Kebanyakan maqamat yang ada bernada agak keras dalam teguran, namun dibangunkan dengan unsur satira yang menjentik intelek dan sifat humor kita sekaligus. Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada maqamat ini, dan dalam bentuknya sebagai maqamat, mampu menonjolkan dengan jelas pemikiran pengarang dalam pelbagai hal semasa. Ini membuatkan kita terfikir, sejauh manakah bentuk pinggan yang kita pilih untuk menghidangkan sesuatu santapan, dapat mempengaruhi keseluruhan makna makan itu sendiri.Boleh dikatakan semua cerita dikisahkan dengan begitu meyakinkan dan jujur, seperti Polan Cupan keturunan Pak Pandir, kisah mengenai peranan media dalam Wajah Warna, cerita Kampung Bahasa Inggeris dan banyak lagi. Karya ini bagi saya sangat berjaya dan layak mendapat lima bintang, kerana ia bukan sahaja percubaan menampilkan Gagasan Persuratan Baru, tetapi berusaha memecahkan tembok kepercayaan kita terhadap kesusasteraan berteknikkan Barat. Ia membuat kita bertanyakan kembali mengenai banyak perkara yang selama ini kita pegang kejap dan terima bulat-bulat, sama ada mengenai 'pinggan', 'makanan yang dihidangkan', mahupun 'hikmah makan' itu sendiri.

  • Jiwa Rasa
    2018-11-14 17:00

    sebagai peminat Persuratan Baru dan juga karya berebntuk wacana, saya bagi 5 bintang untuk buku ini. :)

  • Muhammad Fakhruddin
    2018-11-05 22:14

    Pertama kali membaca karya kreatif pengarang ini dan berhasrat untuk mengulasnya kelak. Cuma kena selidik bentuk maqamat itu apa sebenarnya.

  • Rebecca
    2018-11-14 22:51

    2.5/5 bintang.