Read Kekasih Untuk Dia by Nueen Online

kekasih-untuk-dia

Cerita ni, cerita aku dan dia sahaja. Tentang cinta kami dan impian kami berdua. Mulanya, cerita bos dengan pekerja. Alah, macam cerita-cerita yang lain juga. Marah, benci, kutuk dan ala-ala cerita Hindustan. Semuanya sama saja, tapi yang membezakan cerita kami dengan cerita orang lain ialah, dalam cerita ini hanya ada aku dan dia sahaja. Kami tak perlukan sesiapa pun.KemuCerita ni, cerita aku dan dia sahaja. Tentang cinta kami dan impian kami berdua. Mulanya, cerita bos dengan pekerja. Alah, macam cerita-cerita yang lain juga. Marah, benci, kutuk dan ala-ala cerita Hindustan. Semuanya sama saja, tapi yang membezakan cerita kami dengan cerita orang lain ialah, dalam cerita ini hanya ada aku dan dia sahaja. Kami tak perlukan sesiapa pun.Kemudian bertukar menjadi cerita rindu-rinduan. Dia jauh, aku rindu, dia dekat pun rindu bagai nak rak, tapi mana boleh aku jatuh cinta dengan dia. Dia siapa, aku siapa. Bezaya macam merak kayangan dan gagak di rimba.Namun, nama juga cinta. Kalau sudah cinta, duduk di benua Afrika pun macam duduk di Alaska. Tak boleh nak cakap apalah kalau virus cinta sudah menyerang"Sayang..""Ya..""Di dunia ini ada tiga yang abang suka.""Apa tu?""PErtama matahari, kedua bintang.""yang ketiga?""Sayanglah.""Matahari untuk siang hari, bintang untuk malam hari, sayang untuk selamanya di hati abang..."Ah! Siapa yang tak cair kalau disogok dengan kata-kata begitu. Buat aku tak kenal yang mana siang yang mana malam.Ironinya, mana ada cerita cinta manis selalu. Tanpa rasa masam mana cukup perisanya. Jadi, mampukah kami berdua menikmati rasa masam itu kalau sudah selalu terlebih gula? Jangan lupa untuk mengetahui manis dan masam cerita cinta kami dalam Kekasih untuk Dia...

Title : Kekasih Untuk Dia
Author :
Rating :
ISBN : 9789671246108
Format Type : Paperback
Number of Pages : 596 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

Kekasih Untuk Dia Reviews

  • Hajar
    2019-04-07 14:14

    Sebenarnya saya nak bagi 4* sebab saya suka kesengalan kedua-dua hero dan heroin ni. Tapi disebabkan ada perkara yang buat saya rasa tak selesa, maka saya tolak 1* :)19-05-2014Azian Yuhanis (Azian)1. Lurus bendul. Memang jenis terima aje apa yang disampaikan kepadanya. Tak pandai konar sana sini. Betul ke tidak ke semua dia terima. Selalu jadi mangsa sakat dan buli Hazrul. Haha. Paling saya ingat soalan ni;Hazrul: Apakah persamaan antara ikan, gitar dan awak?Azian : (geleng kepala tanda tak tahu jawab)Hazrul : Tiga-tiga boleh digoreng!(m/s: 276)2. Blur campur sengal. Kalau saya jadi Hazrul agaknya dah lama saya luku dia laju-laju. Penat sungguh beri hint macam-macam, dia boleh buat tak faham. Ialah, mungkin dia tak mahu orang cop dia mudah perasan. Kalau sekali dua mungkinlah boleh kata orang tu bergurau, ini boleh katakan setiap kali jumpa mesti ada je hint yang si Hazrul ni beri. Tapi tak faham-faham juga. Haih...3. Baik hati. Dalam kelurusan dan kebendulannya itu Azian ni jenis hati bersih. Tak berprasangka (kecuali dengan Hazrul la. Haha). Baik kena buli mahupun kena marah pasrah je dia menadah. Kena pukul dengan mak cik dia yang kejam tu pun dia tahan je. Aduhai. Tabah bebenar ye Azian?Hazrul Effendi (Hazrul)1. Sekali pandang memang macam tipikal hero melayu dalam drama. Segak, bergaya, berjawatan tinggi (CEO), anak orang kaya bla bla bla.. Tapi sayangnya jatuh cinta dengan perempuan blur macam Azian. Haha. Dia pun jadi sengal sama. Dah tau dapat awek blur, cubalah berterus terang dari awal. Tak adalah dah dekat nak menikah baru Azian sedar yang Hazrul betul-betul sayangkan dia. Haish. 2. Seperti kebanyakan watak hero yang dicipta penulis, sikap kerek hero mesti tak tinggal. Hazrul ni pun digambarkan sebagai ketua yang tegas dan sombong. Tapi sikapnya berubah bila bersama Azian. Dari sikap yang garang macam singa terus berubah 360 darjah. Memang betullah, Azian seorang aje yang mampu menjinakkan Hazrul. Haha. 3. Ada bagusnya juga sikap tegas Hazrul ni. Dia tau apa yang dia mahu. Tak rela hidupnya diatur sewenang-wenangnya, dia tekad mengatur rancangan yang bakal mengubah 100% hidupnya dan pastinya turut sama melibatkan Azian. 4. Oh, ini tambahan. Hazrul ni dah macam guardian angel buat Azian. Boleh dikatakan setiap apa yang berlaku dalam hidup Azian dapat diketahuinya. Sehinggakan kesusahan Azian pun dapat dirasainya. Sanggup cipta alasan untuk suruh Azian jaga 'kunci' semata-mata untuk beri Azian upah bila dia tahu Azian mengalami kesempitan kewangan. Huhu. Komen saya:1. Serius saya suka pasangan ni. Seorang blur dan sorang lagi sengal. Memang padan sangatlah. Hahaha. 2. Saya suka ketegasan Hazrul. Dia tahu apa yang dia mahu dan tak teragak-agak untuk pertahankan apa yang dia mahu. Mungkin perancangan dia nampak agak 'luar alam', tapi kalau dia tak bertindak memang terlepaslah kebahagiaan yang didamba selama ini. Tapi apa pun, matlamat tetap tidak menghalalkan cara ya, anak-anak? :)3. Ada selitan keinsafan dan kesedaran bahawa apa yang mereka lakukan (duduk serumah tanpa ikatan halal) itu salah. Walaupun tak terkesan sangat tapi at least ada juga, untuk tunjukkan mereka sedar apa yang mereka buat tu bertentangan dengan hukum agama. 4. Kalau ada yang perasan, dalam bab 33 ada dinyatakan yang pembantu rumah mereka diberikan cuti selama 2 minggu. Kemudiannya dalam bab 35 tiba-tiba ada pembantu rumah menghulur telefon kepada Azian. Dan babak ini berlaku pada hari kedua selepas Azian bergelar isteri. Haish, misteri ni...:-/5. Seronok baca kisah mereka ni tapi macam yang saya pernah beritahu sebelum ni, scene yang terlebih gula ni bukan keutamaan yang saya cari dalam sesebuah buku yang saya baca. Saya suka cerita yang manis, tapi bukan dengan gula tambahan. Terima kasih. :)6. Tahniah buat penulis atas kelahiran kisah ini dan atas usaha menerbitkannya sendiri. Moga terus berkarya. :)

  • Gobokairina
    2019-04-02 13:53

    Sampai ke sudah aku tertanya-tanya, si Azian ni kerja apa sebenarnya? Kerani? PA? Tukang bancuh air? hoho..Kalau KUD diibaratkan sebagai kopi. Aku akan kata kopi ini terlebih gula. Sangat! Sampai tenggelam rasa kopi hitam yang pahit tu.Full review: 18/09/2014Tak tahu mahu suka atau tidak dengan naskhah ini. Aku blur *wink*Azian Yuhanis. Watak si sengal-sengal ubi. Blur memanjang... sudah banyak kali diberi hint, masih lagi tak dapat tangkap. Ada rasa nak ketuk-ketuk kepalanya agar cepat tersedar.Hazrul Effendi; sang CEO yang jatuh kasih pandang pertama dengan pembantunya sendiri. Tapi, apakan daya bila sang bunga yang dipuja lampi bebenar. Pelbagai cara sudah diatur, tapi Azian masih Azian. Aduhai! Namun, ada sesuatu yang menghubungkan mereka berdua. Siapa sangka, mudah pula urusan Hazrul untuk mengambil Azian sebagai isteri. Apa konflik mereka? Ha, pandai-pandailah korang teka sendiri. Apa pun, kisah ni masih ada watak-watak yang menjengkelkan hati, yang tak makan saman atau yang minta pelempang laju-laju hahaha.Dan, rasanya aku boleh simpulkan yang aku suka kisah di awal-awalnya. Kisah sang bos nak jual minyak dengan pekerjanya yang blur. Banyak buat aku tersengih-sengih. Tapi bila dah masuk bab isi rumah tangga, mood membaca jatuh menjunam. Part double-meaning-gurau-senda-akhirnya-ke-katil -- scene yang sama diulang-ulang hampir setiap bab. ‘Dihidang’ banyak sangat, buat aku rasa annoying. Aduh! Berpinar-pinar biji mata.Ps: Bukan klasifikasi U... sila ambil perhatian!

  • Don ツ
    2019-04-23 12:15

    Buku ini akan buat anda gelak sentiasa kalau tak pun sengih dan sentiasa nak ketuk-ketuk kat kepala atau dinding atau meja atau lantai. :))2 bintang campur 0.5 bintang sebab Azian baik sangat._______Azian Yuhanis seorang gadis pulau yang baru memulakan kerja di Menara Holding sebagi PA kepada Hazrul Effendi, CEO. Baru bekerja si gadis sudah diberi pelbagai perhatian. Silap besarlah si CEO apabila gadis manis ini lambat tangkap sama ada bayangan tersurat apatah lagi yang tersirat tentang isi hati Hazrul kepadanya. Dek kehidupannya yang sukar sebagai yatim piatu ditambah dengan layanan teruk dari Mak Ngahnya yang kerap mendera, menjadikan Azian tidak menaruh harapan pada apa-apa, hanya sekadar cukup makan 3 kali sehari dan hidup aman pun dia sudah puas hati.Kalau anda baca tapi tak rasa nak ketuk-ketuk si Azian supaya sedar-memang tak sah. SERIOUSLY! Lampi sangat dia ni. Adoi.Di tempat kerja, walaupun bos backup kat belakang Azian, masalah heroin adalah mereka selalu ada orang yang cemburu. Anda akan tak senang duduk dengan sikap si Hilda yang bermulut puaka. Kemudian, disambung sikap terdesak Puteri Zahra, -anak Tan Sri lagi satu (pemilik Menara Holding-->tak jelas jawatan apa). Dah tu mama Hazrul pulak minta 'tolong'.Kali terakhir baca buku seperti ini adalah waktu baca Biar Cinta Bertaburan. Serius novel tu pun terhibur baca, sangat. (tapi mungkin Soleh pembaca yang pelik dan keliru akhir-akhir ni). Nasiblah si Azian ni lurus bendul, apa yang bos cakap turutkan saja. bersangka baik selalu, setiap kata-kata manja bos/ godaan dari bos dia anggap macam suatu gurauan semata. (kalau aku dh lama buat report sexual harrassment) Encik Hazrul ni pula walaupun dah jatuh hati tak ada sampai nak rampas kesucian Azian (walaupun dorang dok serumah gara-gara penipuan kahwin kat London~alkisah)Dan segala aksi lepas berkahwin dan semua ayat double meaning buat aku lemas. Sikit2 boleh tersipu-sipu lagi, tapi dah kalau setiap kali begitu...ini boleh mendatangkan meluat. Terfikir juga, ada saja dialog horny diorang.[tak bathtub, katil, tak katil, ok...rasanya banyaknya tang tu ja] Puan penulis, kalaupun itu yang pembaca sukakan tolong jangan beri selalu. Sungguh,risau! Adeh, pedih. Maaf ya... -tolong jangan bash saya.please.-Isu-isu teknikal saya tak sentuh. Cukuplah.No komen. Saya dah cukup positif kat sini. Fikirkan kembali ini novel pertama [email protected] yang pernahku baca. Agak terlambat nak update dengan novelis popular Teduhan Kasih ni, walaupun dramanya meletup dulu...I think this book make his own path towards me...eceh.romantis sangat. Kalau tak, tiadalah sanggup berhabis RM28 untuk buku yang tak pernah ada hati nak baca.Jadi wahai buku, anggaplah kau sangat bertuah. Berjodoh tu sesuatu yang aneh.Amacam. Puas ati jadi rajin???--->cakap kat diri sendiri

  • Cik Pah
    2019-04-06 10:15

    Best ceritanya diawal cerita. Kelakar. Cerita si Azian yang sengal dan blur. Bosnya En Hazrul juga tak kurang sengal tak habis-habis dengan cerita 'pada zaman dahulu'.Si Hazrul ni asyik dok berkias terjumpa gadis yang cantik, lemah lembut, sopan santun, cakap pun lembut. Tapi penceritaan 'aku' tu tak menggambarkan langsung kelembutan dan kesopanan. Tak de nya kunyah perlahan-lahan, yg dia bgtau 'sumbat ke dalam mulut' seperti lagak perempuan kasar. Mungkin cara cerita si Azian ni yg ganas buat pembaca pun keliru sedangkan yang Hazrul nampak sebaliknya.Tahap blur Azian ni dah sampai tahap kronik, tahap campak dalam kolam renang. Dah macam-macam hint Hazrul cakap, dok tak sedar macam tu la Azian. Dari jadi tukang bancuh air ( sampai lani tak tau Azian kerja sebagai apa), patung cendana dalam bilik Hazrul ( dok main lawan mata), partner projek personal Hazrul sampai jadi isteri olok-olok , dia dok fikir dia jadi kuli Hazrul. Tapikan cerita selepas kahwin Azian tak blur la pulak. Cik Pah pula yang blur. Apa yang aku baca ni! Asal baca je nampak katil.Ok abaikan bilik-katil-bilik-air. Jom minum hot chocolateGambar semua ehsan gugelKredit : Hajar

  • Zurianita Manab
    2019-04-09 14:55

    Buah tangan terbaru dari Sarah Marissa. Terbitan pertama Teratak Kasih.Dari mula baca buku ni, mmg tak leh berhenti ketawa. Azian yang tersangat lurus bendul... dan itulah cabaran terbesar untuk Hazrul dalam usaha menawan hati sidia.Cukup manis cerita ini dan dah lama saya tak rasa terbuai2 bila membaca.(last pun masa baca Teduhan Kasih yang mmg fav novel aii pun :) )Congrats sis.. mmg layaksangat dapat 5 bintang. Antara buku wajib miliki utk tahun ni :D

  • Kamaliah
    2019-04-23 11:08

    I do not know how many stars to give, so... I'm leaving it blank... :)Frankly speaking, I like half of the first half of the story... After that, it's just a test of my patience.... :DBut then... it is just my two cents....

  • Mai
    2019-04-23 10:01

    Kisah yang menarik cuma ada babak-babak yang buatkan saya rasa kurang selesa.(rasa kelakar pun ada)Macam biasa,Yang baik dijadikan teladan yg buruk dijadikan sempadan :D Credit to Hajar untuk buku ini,bak kata orang rezeki jangan ditolak

  •  Kak Zie
    2019-04-21 17:05

    Aku suka dengan sikap Azian.Azian yang jujur menjaga amanah seorang bos.Azian yang sederhana kerana sedar diri yang dia serba kekurangan dan tidak terikut-ikut dengan sikap biar papa asal bergaya.Azian yang sengal, yang selalu menjadi bahan gorengan si Hazrul. Haha. Azian yang tegas mempertahankan hak sebagai seorang isteri apabila suaminya cuba diganggu oleh perempuan lain namun apabila membabitkan mak mentua, Azian terpaksa akur dan melangkah pergi.Aku juga suka dengan kesungguhan Hazrul.Hazrul yang nampak sayang sangat kat Azian.Apabila Azian sudah menjadi isteri, lagi la dia bertambah sayang.Hazrul yang kecil hati apabila ayah sendiri menghina si isteri.Hazrul yang sanggup meninggalkan kerjaya apabila berada di puncak semata-mata ingin hidup bahagia bersama Azian.Selebihnya, bacalah sendiri. Heh.p/s: Sekarang ni, semakin ramai penulis yang buat kisah hero dan heroin tinggal serumah sebelum berkahwin biarpun tidak tinggal sebilik. Makanya, untuk bahagian ini, aku takde la nak ulas panjang. Mungkin ini satu trend terkini. Moga tidak menjadi ikut-ikutan di alam realiti.

  • Harnani Husin
    2019-04-05 12:53

    suka cerita dari penulis ni.....Azian yg blur dan En Hazrul yang tersangatla suka bagi cerita teka teki dan cerita pada suatu masa dahulu huhuTAHNIAH untuk kak Nueen buku terbaru ni.....kak Nueen ni juga adalah Qaseh Qaisara atau Marissa :D

  • Jumay
    2019-03-31 12:18

    azian yg polos blur naif...10 yg hazrul ckp blm tentu 1 pun dia akn faham....hihihazrul seorg bos yg jatuh cinta dgn staf sendiri....bermcm2 cara dilakukn utk bgtau pd azian yg dia suka kan azian.....tp hampeh azian x penah nk faham sehingga dia membt pengakuan yg azian adalah isterinya walau pun hakikatnya mrk blm diijabkabulkn ketika itu..krn ksh n cintanya pd azian, hazrul sanggup melepaskn segala kemewahan yg dimilikinya...dia meninggalkn keluarganya dan berpindah ke kwsn yg jauh dr bandar...di situ dia memulakn hidup nya dgn azian...kehidupan mrk bahagia namun ada je yg cuba nk mengganggu gugat kehidupan mrk....adakah hazrul akn meninggalkn azian dan kembali ke kehidupan nya yg lalu atau hazrul tegar melihat kehancuran empayar yg dibina oleh ayahnya???spt mn sy suka syed imran dlm TSTA, begitu juga sy suka hazrul dlm KUD ni...2 org lelaki yg pd sy sgt setia dgn org yg mrk syg....dtg lah brapa byk langau sekalipun, diuji dgn pelbagai ujian n halangan, namun tidak sekali2 memudarkn rs kasih, cinta dan syg mrk bt insan yg dicintai iaitu isteri....bahagia nya nad dpt memiliki syed imran dan azian memiliki hazrul.....sungguh indah kehidupan apb kita disayangi n dicintai oleh seorg suami yg sanggup berssh seng utk isterinya...dan krn itu isteri harus lah trs berdiri di blakang suami utk trs memberi sokongan utk suami tercinta..

  • Faradina Azlin Azahar
    2019-04-11 17:19

    best bila baca part en. hazrul.. tabah nyer dia dlm memikat si lurus bendul sorang tue.. ngeeeeee... Azian, dlm bendul dan lurusnya... nampak kasih sayang yg melimpah ruah.. moga bahagia hendaknyer mereka sampe ke Aisha.. ngere

  • Susi Majid
    2019-04-20 18:07

    nak bg review tp malas nak taip panjang2..hahahaso, conclusionnya ai suka ngan cerita ni ;) lepas ni nak khatamkan SET pulak

  • Chua
    2019-04-15 10:17

    kesengalan Hazrul dan kebendulan Azian...kelakar cerita ini.

  • Ella
    2019-04-06 17:17

    Lurus Bendul dan terlalu bersangka baik dgn orang kecuali yg melibatkan Hazrul, Azian akan terlebih fikir.Kaya, tampan, tegas dan sombong itulah peribadi Hazrul pada dasarnya sahaja.Terlalu letih dgn Azian, 24, kolej graduate from Yayasan Baitumal, yg tak faham2 hint2 yg Hazrul sampaikan. Secara direct atau secara kisah dongeng padahal ianya berkaitan dengan kisah sebenar hidup Hazrul. Mungkin dia tak nak di tuduh perasan kut itu yg dia tepis habis2an dan lagi pun dia terlalu rasa rendah diri, tidak setaraf dan cantik buat seorang Hazrul.Hazrul ni seorang pelindung buat Azian. Macam2 yg dilakukan supaya Azian yg hidup kesempitan wang dan dibuli oleh Hilda berasa selesa sedikit. Instead of ucap terima kasih boleh pula dia tuduh Hazrul ambil kesempatan. Bukan tak ucap terus, ucap juga tapi tak feel. Tahap lurus bendul Azian, lebih kronik dari Adeeba dlm novel Boss Senget PA Sengal. Scene berlakon sebagai suami isteri tinggal serumah after one incident that lead to this.H : Boleh saya buat satu permintaan?A : Encik ingat saya ni perempuan apa? Perempuan murah.Padahal orang tu permintaan dia cuma ingin suruh buat nasi goreng saja.Banyak scene2 yg Hazrul buat pertanyaan dan fikiran Azian dgn semulajadinya menjurus ke arah seks. Walhal dah berkali2 Hazrul terangkan dia ingin berikan kasih sayang and not sex semata2. He is a man full of love not nafsu. And seks only with halal. Kalau dia gersang dan terlalu bernafsu tak perlu tunggu dan setia dengan Azian. See ini pun masih tak faham hint yg direct. Siapa yg otak kuning sebenarnya. Kan dah malu..Hazrul banyak kali kata ingin jadikan dia kekasih halal tapi dia buat tak tahu..bila Hazrul berangin sikit, boleh pula dia tanya Hazrul ni buat dia seperti perempuan simpanan ke?After all the kisah dongeng especially si keldai yg disampaikan oleh Hazrul kepada Azian, Azian tanya apakah moral of the story.H : Keldai yg bodoh.A : Saya dah agak dah encik memang nak perli saya. Saya tak ada bezanya dengan keldai.Suka bila Hazrul jawab : "Awak akan pandang negatif terlebih dahulu tanpa mahu fikirkan apa yg positifnya.""Moral daripada cerita ini ialah, walaupun perjalanannya sama, tapi kadang2 bergantung kepada keadaan untuk bertindak.Bukan disebabkan kita bodoh tetapi kita tidak boleh samakan keadaan dengan semua perkara. Kita mungkin tidak boleh menghalang permasalahan yang datang tetapi kita boleh menyesuaikan keadaan dengan masalah yang menimpa."Her response : Kerut dahi. Masih tak faham dan malas nak faham. Nanti makin pening..So tell me people, ini sikap lurus bendul ke bodoh? Awal cerita mmg saya rasa dia ni lurus lama2 it gets so tedious. With Ibu bapa Hazrul, Hilda, Puteri Zahrah keadaan yg tenang mula berkocak. Dan akhirnya, Azian juga tunduk sekali lagi kepada kebaikan yg harus dilakukan demi masa depan Hazrul. Korbankan cinta. And she admitted that she was so stupid. Yes! Stupid not bendul.Apa yg saya suka, novel ni boleh juga buat saya gelak dan tersenyum2..ia cuma berkisahkan tentang Azian dan Hazrul 85% of the time..ada bab, buat saya fikir bahawasanya Azian ni bodoh dan tak pandai nak jaga hati Hazrul..Cakap main lepas. Hazrul pembuli? Not really. The real bully is Azian herself. Kurang matang dan kurang cerdik.

  • Yazlina Saduri
    2019-04-11 15:01

    Ini buku Nueen yang keempat saya baca. Ingatkan KUD ni lebih menyengat dari Kalau Tidak Kerana Tuan, Suamiku Orang KL dan Tentang Lara Hati tapi kecewa la sikit. Masa first quarter of the book kira okay lagi, lawak sempoi watak utama si Azian memang mencuit hati. Si bendul yang comel walaupun tak gorgeous. Sayangnya lama-lama rasa too naive pulak dia, slow sangat tu satu hal, baik hati sangat sampai merelakan apa saja yang dibuat dek Hazrul, rasa macam tak berapa nak masuk. Krisis di tempat kerja antara Hazrul dengan Puteri, mungkin saya tak betapa nak faham. Mungkin saya saja yang slow. Apa dia yang si Hazrul dah buat kat Azian? Apa sebabnya sampai Hazrul yang begitu garang dan cengil boleh jatuh tergolek dog sayang sungguh kat Azian? Kena lah baca. Buku ni ramai yang cari rasanya bila baca blurb kat sana sini ramai yang teruja untuk baca. Sang hero yang berbulu dada dan kekadang romantik kekadang poyo, lawyer tau, jarang hero cerdik macam ni, juga mungkin ada tarikan tersendiri. Mungkin serasi dengan anda.

  • Shida Jalil
    2019-04-06 13:17

    start baca hr ni, actually baca kasp dulu , tp bila baca kud ni...ht lebih memilih kud, mungkin sbb jalan cerita nya kot, n sebab hero nya yg amik kesempatan atas keblurran heroin yg terlampau...sweet.. geram dengan heroin yg sangat lurus bendul...

  • Ogy Yusof
    2019-03-29 09:54

    Azian yuhanis, gadis polos lurus baik mula bekerja dengan encik hazrul. Encik hazrul effendi yang garang, yang sengal tapi juga yang menawan. Cara perkenalan mereka menarik, yelah si bendul ngn si sengal.. Hehe.... Asyik kena marah jer si azian tapi dalam pada tu ada jugak dia mengenakan si hazrul tu. Kemesraan yang bersahaja bukan dibuat-buat oleh azian menambahkan rasa sayang hazrul. Cuma yelah, bendul sangat azian sampai payah benar nak faham rasa hati bosnya tu... Hazrul yang mahu dijodohkan dengan puteri zahra terus mengangkat azian sebagai isteri.. Ini mendatangkan kemarahan pada ayah hazrul. Dia peduli apa, yang penting azian jadi isterinya dan puteri yang berlagak bajet bagus boleh diketepikan. Yup, ni kisah anak orang kaya tapi punya impian hidup sederhana.. Impian yang buat dia bekerja keras untuknya. Impian juga bekeluarga bersama cinta hati dan berusaha untuk menjaga sebaik mungkin. Haa... Lupa lak, kalau boleh takmola bagi budak-budak bawah umur baca. Takde apa pun cuma kisah mesra suami isteri ni biarlah hanya dibaca golongan yang sesuai. Tahniah puan penulis untuk terbitan kedua yang makin cantik cover dan makin ringan bukunya..

  • heril azwan
    2019-04-02 17:22

    sweet je cite die... Azian yang terlebih blurr dengan Hazrul yang sengal tapi setia bercinta ni...seperti sinopsis belakang, cite ni hanya kisah dia & aku.. azian n hazrul la kanbanyak dialog, monolog azian n ayat pun simple2 je.. so far ok bole hadam. tak banyak konflik, plot pn kemas je tersusun. memang senang jatuh suka dengan naskhah ni.cuma, adakala terlalu cepat pergerakkan/peralihan plot/dari 1 tempat ke tempat, adakala boleh lost jugak... and, ada yang terlalu sweet.apapun, still njoy.

  • WaNie Jud
    2019-04-13 09:56

    #kekasihuntukdia #nueen Azian yuhanis-seorg yg sgt luus bendul... Bg hint 1juta kali pun masih xpaham... Hahahaha.. Bendul dia lg kronik dari aku..hahaha.. Hazrul effendi-nakal, gatal, pedendam, cpt marah, gedik! N romantik... Comel pun ada... Hahaha.. Kau bole bygkn x sorg sgt lurus bendul sorg lg suka menyakat.. Xke haru biru hidup.. Hahaha.. Paling kesian dkt azian bila mak ngah dia pukul dia mcm org xde perasaan n hati perut.. Si azian pulak redha jeee... Hailahhh... Naseb xde kisah mcm tu lepas dr tu.. Seriau aku oii.. Tp hidup dia sgt

  • Ana Anne
    2019-04-08 10:00

    Saya willing to let go. Tapi maaf, tak dapat beru harga kasih sayang. Boleh pm kalau berminat..Puas hati dapat baca novel ni. Bersungguh cari sebab penerbit dah kehabisan stok. Akhirnya bertemu juga dengan seller yang masih ada stok novel ni..Seperti biasa, tulisan kak Sarah Marissa tak mengecewakan. Aku enjoy dengan dua watak utama dalam cerita ni. Konfliknya pun ringan dan tak menyakitkan jiwa. Sesuai menjadi bahan bacaan pada waktu senggang. :)

  • Fid
    2019-04-15 18:02

    BEST SANGAT SANGAT

  • azian2575
    2019-04-17 09:57

    Azian & HazrulUikkss! Nama heroin dia sama ngan cheq la.. ngeee..

  • Ayuhashim
    2019-04-25 17:14

    criter yg lebih kepada XXXX between isteri dan suami yg agak melemaskan dan agak bosan. walau konsep sengal dan bendul tu reason lain dr yg std tp....entahlaa... maybe bukan taste sy

  • Noorhasnizah
    2019-04-17 17:18

    memang seperti yg dijangkakan nukilan Nueen memang lekat di hati & best...

  • Dea
    2019-04-20 11:15

    baca kat blog penulis shj,tp x abis....cari kt bookstore pun xder...ader sapa2x nk let go novel ni x????

  • Siti Yasmoon
    2019-04-17 11:21

    Sangat sweet. Hehehe...

  • Nur Aqilah
    2019-04-24 09:59

    romantik dari awal sampai akhir

  • Eeyta
    2019-04-13 17:14

    memang blh hilang stress baca citer ni.. kelakar sgt dgn watak azian yg selalu blur..