Read Sayang Awak Cinta Awak by Dayana Darwisy Online

sayang-awak-cinta-awak

PERTEMUAN pertama antara SHAHRUL HAIRI dan SALMIHA HAINI tidak dirancang. Pertemuan pertama juga meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hati Shahrul Hairi. Pertemuan kedua di KLIA pula seakan-akan sukar dilenyapkan. Malahan sering menghantui setiap gerak langkahnya. Tangisan hiba dan kesayuan gadis itu benar-benar meruntun jiwa lelakinya.Shahrul Hairi nekad, andai diaPERTEMUAN pertama antara SHAHRUL HAIRI dan SALMIHA HAINI tidak dirancang. Pertemuan pertama juga meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hati Shahrul Hairi. Pertemuan kedua di KLIA pula seakan-akan sukar dilenyapkan. Malahan sering menghantui setiap gerak langkahnya. Tangisan hiba dan kesayuan gadis itu benar-benar meruntun jiwa lelakinya.Shahrul Hairi nekad, andai dia bertemu dengan gadis itu buat kali ketiga, dia akan melamar gadis itu sebagai permaisuri hidupnya. Namun hendak mendekati gadis impiannya bukanlah semudah yang dijangkakan. Bukan senang seperti yang digambarkan. Gadis itu terlalu sombong dan cengil.“Cantik sangat ke bintang tu, sampai saya tegur buat tak tahu aje?” - Shahrul Hairi“Kenapa awak nak menyibuk? Lantak saya la, nak tengok ke... Nak renung ke... Nak telan bintang tu sekalipun! Apa awak peduli?” - Salmiha HainiDan pertemuan ketiga menyebabkan Shahrul Hairi tidak melepaskan peluang. Masing-masing dilanda masalah yang harus diselesaikan dengan segera sekaligus menjadi batu loncatan untuk mereka melepaskan diri dari masalah yang membelenggu.“Apa kata kita saling menolong? Saya tolong awak dan awak tolong saya.” - Shahrul Hairi“Kalau awak nak jadi gila, jangan heret orang lain untuk sama-sama jadi miring macam awak boleh tak, cik abang handsome.” - Salmiha HainiShahrul Hairi sendiri pelik akan dirinya sendiri. Nak kata dirinya tak laku, tidak! Terdesak pun langsung tidak. Dia masih ada peminat dan sering menjadi buruan si gadis manis dan jelita. Tapi yang pelik bin hairannya, kenapalah balik-balik Si Salmiha Haini yang suka menjeling itulah yang menjadi pujaan hatinya?Adakah itu namanya cinta? Haila... Pelik sungguh apabila melibatkan hati dan perasaan. Biar ditolak, biar ditengking sekalipun, dia tetap bertahan. Hatinya terlalu degil untuk mahu mengaku kalah. Ibarat berpantang ajal sebelum maut. Akan tetap kugapai dirimu wahai bintang hatiku… Mampukah dia mendapatkan cinta si pencuri hatinya itu jika si dia sering menolak dan menjauhkan diri?...

Title : Sayang Awak Cinta Awak
Author :
Rating :
ISBN : 9789670567266
Format Type : Paperback
Number of Pages : 655 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

Sayang Awak Cinta Awak Reviews

  • Nonieღserenity2bliss
    2019-03-24 15:21

    Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :) Pada sesiapa yang suka atau mahukan novel yang tak berat, N rasa you'll enjoy this one. Jalan ceritanya simple and conflict-free. Shahrul Hairi boleh dikatakan jatuh cinta pandang pertama pada Salmiha Haini. Kerana sering dipertemukan dalam pelbagai keadaan, Shahrul Hairi yakin, Salmiha Haini adalah jodohnya. Jalan terbuka luas untuk Shahrul Hairi mendekati Salmiha apabila Salmiha Haini terdesak untuk mengelak daripada berkahwin dengan calon pak langnya. Sangka Salmiha, perkahwinannya dengan Shahrul bersifat sementara seperti perkahwinan kontrak yang sering dibacanya dalam novel. Tapi pada Shahrul pula, dia hanya mahu berkahwin sekali dalam hidupnya. Perpisahan hanya akan berlaku jika Salmiha memang benar-benar tidak berasa bahagia bersamanya. Lalu, mulalah hidup berumah tangga yang penuh dengan gurau senda dan merajuk manja. Banyak yang datang cuba menggoda, tapi kesetiaan dan kepercayaan antara Salmiha dan Shahrul tak pernah goyah,

  • Zurianita Manab
    2019-03-26 08:23

    Pertemuan Hairi dan Haini tanpa sengaja meninggalkan kesan yg mendalam pada Hairi. Dan setiap kali bertemu, Haini landgung tak pernah perdulilan Hairi. Saat bertemu buat kali ketiga, Hairi bertekad utk memiliki Haini. Bila terpandang wajah Haini yang sayu.. niatnya makin tekad. Lalu pada pertemuaan ke4, Hairi pun mula masuk jarum. Berjayakah dia memanipulasi seorang gadis ntuk menjadi surinya. Dan apakah pengakhiran cinta Hairi pada Haini... bertepuk sebelah tangan atau sebenarnya hati Haini sudah berjaya ditawan... Pada daya gaya penulisan Dayana Darwisy masih sama.. mungkin itu style dia.. apapun.. saya suka buku ini. Logik atau tak.. tolak tepi :D

  • Aliza Nai
    2019-03-24 15:31

    Pertemuan demi pertemuan di antara Hairi dan Hani memyebabkan Hairi terus melamar Hani. Cerita yang penuh dengan rasa cinta dan kasih sayang walaupun perkahwinan dibina lebih kepada cinta pandang pertama. Something yg santai dan pleasant to read.

  • Aida
    2019-04-11 16:24

    Ini novel ketiga karya Dayana Darwisy dan ini novel pertama juga aku baca karya penulis. Kalau nak tahu mengenai cerita ini macam mana boleh baca sinopsis tu, rasanya dah lengkap tentang gambaran cerita ini. Masalah yang hampir sama membuatkan Shahrul Hairi-Salmiha Haini menerima cadangan Shahrul Hairi agar mereka berkahwin bagi menyelesaikan masalah mereka. Entah bagaimana Salmiha Haini boleh dengan senang bersetuju untuk berkahwin dengan Sharul Hairi yang baru dikenali. Dengan bantuan kawan baik Shahrul Hairi pernikahan secara kecil-kecilan berjalan lancar dan bermulalah kehidupan baru bagi mereka sebagai suami isteri.Kejutan demi kejutan insiden yang dihadirkan Dayana Darwisy akan membuatkan aku tidak ingin lepas membaca buku ini sampai habis. Pembangunan watak dan karakter sangat kuat dalam novel ini. Yang menarik, Sayang Awak Cinta Awak tidak hanya menghadirkan ketegangan-ketegangan dalam setiap adegannya, tetapi juga menghadirkan sisi pengorbanan dan kasih sayang yang amat kuat antara wataknya. Bukan hanya soal percintaan, kasih sayang keluarga dan sahabat juga mewarnai beberapa bahagian dalam novel ini.Shahrul-Salmiha, memang sudah menjadi watak favourite aku. Sebagai watak utama, ia memiliki karakter yang amat kuat sehingga dapat memikat pembaca dengan setiap tingkah lakunya. Max (Maswan) sahabat baik Shahrul Hairi juga menyimpan perasaan bila bertemu Salmiha Haini. Max juga tidak kalah memikat hati aku. Watak-watak mereka menghadirkan sisi keromantisan tersendiri. Memikat, romantik, sekaligus penuh ketegangan. Itu pendapat aku tentang novel ini.Dayana Darwisy nampaknya tak ingin pembacanya kecewa. Terbukti, ia tak sedikitpun melupakan bahagian-bahagian terkecil dalam novel ini. Sofea dan Muaz ditampilkan saat apik dan detail sehingga pembaca boleh memanjakan imaginasi sampai titik yang tak terhingga. Insiden demi insiden di novel ini dibuat dengan sangat bagus dan tak terduga. Benar-benar wow!Bagi aku novel ini juga diedit dengan bagus. Kesalahan cetak dan ejaan nyaris tidak ada. Novel ini sesuai untuk penggemar genre romantik. Novel ini banyak adegan dan insiden so sweet-nya! :)Ending? Ya happy ending. Bahagia hingga ke akhir hayat... perrgghh! hahaha Berapa bintang ya:~ **** (Sayang Awak Cinta Awak!)http://likeabirds.blogspot.com/2015/0...

  • araws
    2019-03-30 08:29

    cerita yang sangat straight. jalan cerita agak cliche. sesuai untuk dibaca masa tengah relax. untuk yang suka cerita berkonflik, mungkin tak seuai kot. jalan cerita tak merapu dan paling penting masih boleh diterima dek akal :D

  • Nurul Athirah
    2019-04-12 15:35

    best

  • Emoon
    2019-04-04 14:24

    Suka3x.....

  • Zack
    2019-03-22 09:34

    siapa yg berminat 2nd hand punya x termasuk kos pos:rm16-sold-