Read Nak Kahwin Duit Tak Ada by Naufal Tarmizi Online

nak-kahwin-duit-tak-ada

Saiful Ammar sudah mengenali Hanis Amirah empat tahun sepanjang pembelajaran mereka bersama di universiti. Mereka sudah membayangkan hubungan mereka akan diakhiri dnegan ikatan sakinah pernikahan. Akan tetapi, selepas sahaja mereka menamatkan pelajaran di universiti, Ammar minta untuk ditangguhkan hasrat Hanis Amirah untuk segera berkahwin. Pertemuan Ammar dengan abah HaniSaiful Ammar sudah mengenali Hanis Amirah empat tahun sepanjang pembelajaran mereka bersama di universiti. Mereka sudah membayangkan hubungan mereka akan diakhiri dnegan ikatan sakinah pernikahan. Akan tetapi, selepas sahaja mereka menamatkan pelajaran di universiti, Ammar minta untuk ditangguhkan hasrat Hanis Amirah untuk segera berkahwin. Pertemuan Ammar dengan abah Hanis Amirah menyebabkan dia mula terfikir untuk mencari kerja bagi mengumpul wang untuk menampung wang hantaran Hanis Amirah.Mujur pertemuan Ammar dengan Ramadhan dan Pak Hashim memberi peluang kepada pemuda itu untuk bekerja di kedai runcit. Setelah memperoleh gaji yang pertama, Ammar merasakan gajinya tak mencukupi jika dia mahu segera menyunting Hanis Amirah sebagai isterinya. Maka dia mencari kerja sampingan yang lain pada sebelah malam.Dalam masa yang sama, ibu Ammar iaitu Puan Zalina inginkan Maria Marissa menjadi calon isteri Ammar. Maria Marissa sudah lama memndam rasa dengan Saiful Ammar sejak dari kecil lagi. Bahkan abah Hanis Amirah , Haji Arshad pula sudah lama berbincang dengan Haji Harun untuk menjodohkan Hanis Amirah dan Badrul. Perbincangan itu semakin serius apabila Saiful Ammar mula terjebak dengan masalah pergeseran antar dua kongsi gelap. Waktu itu Ammar merasakan dirinya sudah pasti kehilangan segala apa yang diimpikannya dengan Hanis Amirah sewaktu bercinta dahulu....

Title : Nak Kahwin Duit Tak Ada
Author :
Rating :
ISBN : 9789670201788
Format Type : Paperback
Number of Pages : 573 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

Nak Kahwin Duit Tak Ada Reviews

  • Hamidah
    2019-04-13 01:46

    Buku ini bercerita tentang Ammar yg ingin berkahwin dgn Hanis Amirah tapi masalahnya dia bukan sahaja tidak berduit bahkan tidak bekerja. Atas desakan Hanis yg mana keluarganya ingin menjodohkan dia dgn Badrul pelajar medic dan anak org kaya, Ammar telah menerima kerja sebagai pembantu kedai. Memandangkan pendapatan yg tidak seberapa Ammar telah bekerja dgn Ah Hong sebagai tukang cat kereta disebelah malam.Tanpa mengetahui siapa Ah Hong sebenarnya, akhirnya Ammar telah terlibat dgn kumpulan kongsi gelap. Untuk mengetahu apakah Ammar berjaya mengawini Hanis, bacalah buku ini. Saya sukakan tulisan penulis ini sebab ia kisah yg biasa2 bukannya kisah seorang gadis yg jatuh cinta dgn org kaya atau kisah kawin paksa. Bahasanya yg santai dan tidak jiwang2 serta watak2nya ada disekeliling kita membuatkan saya seronok membacanya.p/s penulis ini muda lagi dan masih lagi belum berpunya. Alasannya duit tak ada ... jadi jom beli bukunya supaya dia cukup duit utk berkahwin (dgn bayaran royaltinya) hehe

  • Afifah.
    2019-04-12 23:53

    Pertama, pada awalnya, oleh sebab aku tak belek kulit buku di belakang, jadi aku tak sangka novel ini ditulis oleh jejaka. Wah, hebat! Novelis lelaki boleh hasilkan nashkah sebegini rupa.Kedua, aku terhibur dengan novel ini. Ketawa terkekek- kekek keseorangan di malam hari. Ketiga, awalnya aku tak suka dengan watak heroin. Yang suka mendesak si hero. Nak kahwin, kalau persediaan tak mantap tak boleh juga cik kak. Sabar lah. Faham sikit situasi si hero tu. Tengok la padahnya, tak pasal- pasal terbabit dalam musibah dalam usaha nak mencari duit. Nak tanggung cik kak, lepas kahwin lagi. Dan, lelaki kalau kita asyik nak paksa dia, lama- lama habis hancur satu rumah dek letusan api dari dia. Akhirnya, bila si heroin ditimpa musibah, aku kasihankan dia. Keempat, pengorbanan si ibu yang pekakkan telinga menahan segala cacian dan hinaan terhadap masa lalu, memang boleh buat air mata jatuh berlinangan. Ah, siapa lagi yang paling utama menjadi tulang belakang kita selain ibu dan ayah?Kelima, aku suka dengan jalan cerita yang diketengahkan oleh penulis. Tahniah!Keenam, anda di luar sana, bacalah! Mana tahu yang nak kahwin tu, boleh dapat idea berdasarkan cerita ini untuk mencari duit lebih. Eh eh. Ini gurauan saja! ;)

  • Hafizul Osman
    2019-04-06 04:32

    Permulaan agak pening kerana hubungan watak-wataknya seperti kebetulan yang keterlaluan. Namun, semakin dalam membacanya, maka terhasil sesuatu, 'jika kita benar-benar berniat untuk mengahwini seseorang, sudah tentu kita akan dibantu oleh-Nya'. Ceritanya ringkas, ayatnya ringkas tapi 'melekat' kerana menggabungkan humor, saspens dan ilmu. Lepas habis baca novel ni, aku terus berfikir, tentu berdebarnya berjabat tangan dengan bakal bapa mertua ketika diijabkabulkan (berdasarkan pengalaman melihat kawan-kawan akad nikah) :)

  • Wadi Ar
    2019-04-06 05:56

    belum pernah woi aku kasi 5 bintang. serius aku cakap buku ni memang kene dgn aku dan sesuai dibaca untuk semua. ada elemen humor sampai aku terkekek baca dalam tren. engko nampak kesan buku ni macam mana? tak menyesal aku beli. tak menyesal.

  • S
    2019-03-29 23:58

    dah habis dah... tp nnt laaa buat resensinya... tak berapa nak sihat....btw, citer ni okay ... :)Permulaan yg agak kelam kabut sikit (rasanya) sbbnya terlalu byk watak dlm satu masa hingga membuatkan keliru juga. tp disebabkan perbualan antara Ammar & Hanis Amirah, jadi sudah tahu plotnya kearah mana.Sbgi seorang gadis, sudah tentu inginkan satu hubungan itu berakhir dengan bahagia. Hidup bersama insan yang tersayang. Tetapi, Ammar dibelenggu masalah tiada pekerjaan dan juga kekangan kewangan. Ini menyebabkan diantara dia dan Hanis Amirah sentiasa bertelagah. Hanis Amirah yang suka mendesak dan Ammar yang sakit kepala memikirkan desakan Hanis Amirah.Keluarga Hanis Amirah sudahpun memilih jodoh untuknya, iaitu Badrul seorang doktor. Hanis Amirah cuba mengikut kehendak keluarga tapi hati dan perasaannya masih berharap pada Ammar. Dan utk mengumpul wang utk persediaan utk berkahwin, Ammar bekerja dikedai runcit Pak Hashim, bapa Ramadhan yang tidak jauh dari rumahnya. Dan, utk menambah pendapatan, dia membuat kerja sampingan dengan Ah Hong yang akhirnya mengheret dirinya kedalam masalah yg sangat besar.Satu cerita yang menarik. Walau bagaimanapun, watak yg paling saya suka ialah Ramadhan. seorg yg kelakar, bersahaja, dan kuat berusaha. walaupun degil dan kerap bergaduh 'manja' dengan pak hashim, tetapi akhirnya dia bertanggungjawab setelah pak hashim disahkan sakit. Sebagai anak, dia melunaskan tanggungjawabnya dan menepikan perasaan sendiri.apapun, tahniah pada penulis sbb lahirkan cerita yg sweet ni... :)

  • Kamalia Ramlan
    2019-04-03 04:36

    Mesej yang aku dapat: kalau niat kau betul, insya-Allah, ada jalan keluar :)

  • Sakinah
    2019-04-02 01:58

    Baca buku rasa santai...cara penceritaan macam real..tahniah kepada penulis sebab boleh buatkan saya baca tanpa stop :)

  • santira
    2019-04-10 00:32

    seronok baca buku ini, terhibur dan menguji tahap penghafalan watak jugalah, sebab agak ramai watak dalam cerita ini tapi semuanya bersangkut paut, atau saya sendiri ada masalah bab hafal nama watak/ orang . A suka B, B suka C, C suka D, lebih kurang begitulah ceritanya, nak tulis nama watak saya lupa sudah nama-nama mereka. saya suka watak maria, tidak mementingkan diri dan boleh ' move on ' dengan perasaannya walaupun memakan masa. watak yang lain juga ada kekuatan sendiri, kalau suka cerita yang santai dan sedikit thrill boleh cuba buku ini!

  • IntanMusa
    2019-04-19 00:56

    Walau bagaimanapun kita merancang, Tuhan yang menentukan.Ini adalah kisah percintaan Saiful Ammar dan Hanis Amirah. Hanis mahu Ammar cepat-cepat melamarnya tetapi Ammar keberatan kerana belum ada kerja dan wang secukupnya untuk melamar Hanis. Dia berkerja sebagai pembantu kedai runcit pada siang hari dan pada malamnya dia mengecat kereta di bengkel Ah Hong. Pada suatu malam, Ammar terlibat dalam satu peristiwa tembak-menembak. Dia melarikan diri bersama Ah Hong. Bila sedar, dia dapati dirinya di dalam penjara dan Ah Hong telah meninggal dunia. Ammar dalam jagaan polis kerana dia menjadi saksi akan kejadian malam itu. Setelah mendengar Hanis terlibat dalam satu peristiwa tembak-menembak di Johor, Ammar bertekad untuk pulang mendapatkan Hanis. Bila dia pulang, Ammar lega Hanis sihat. Mereka sambung hubungan cinta mereka. Tetapi kali ini, mereka berdua menjadi mangsa tembakan ahli kongsi gelap. Hanis menjadi bisu kerana kotak suaranya pecah. Tetapi Ammar tetap mahu menjadikan Hanis suri hidupnya. Siapakah dalang di sebalik kejadian tembak-menembak itu? Siapa Haji Harun? Dan apa jadi dengan rumahtangga Hanis Aminah dengan Ramadhan? Jadi bercerai ke mereka? Apa jadi dengan Maria?

  • Suhailah Iskandar
    2019-04-18 05:43

    Ramadhan watak paling best dalam novel nie. Dia kelakar seram Dan aku suka. Elemen humor dgn gaya bahasa yg ringkas membuat aku yang baca suka pada suasana plot ceritanya. Ammar dan kisah cinta nyata mencari nak kahwin. best lah ceritanya. amat menghiburkan

  • Sufiyyah Zulkifli
    2019-03-26 23:45

    finished by skipping many pages. :)

  • Naufal Tarmizi
    2019-04-09 01:51